Sabtu, 14 Mei 2011

Ratib Al Haddad

الراتب الشهير
للحبيب عبد ال بن علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
يقول القارئ: الفَات حََِة إلَِى حَضْرَةِ سََيدِِّناَ وَشَفِيعِن اََ وَنبَيِنِّ اََ
وَمَوْلناَ مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم - الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w





1. بسِْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِْ
الَْحَمْدُ لله رَ بَِّ الْعَالَمِي نََْ. الَرَّحْم نَِ الرَّحِي مَْ.ِ مالَِ كَِ يوَْ مَِ
الدِّي نَََِْ إيِاِّ كََََ نعَْبدُُ وَإيِاَّ كََََ ن سََََْتعَِينُْ. اهِْدِن اََََ ال صَََِّرَاطَ
الْمُسَْتقَِيمَْ. صَِرَاطَ الَّذِي نََْ أنَعَْمْتََ عَلَيهِْ مَْ غَيرِْ الْمَغْضُوْبَِ
عَليَهِْمْ وَل الضَّآلِّينَْ. آمِينِْ
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan
sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan
Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu
(wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang
amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
2. الَلهَُ ل إلَِهََ إلِ هُوَ الْحَيَُّ الْقَيوُّْمَُ ل تأَخُْذُهَُ سَِنةٌَ وَل نوَْمٌَ لَهَُ
مََا فِ يَ ال سََّموَاتِ وَ مََا فِ يَ الرَْضَِ مَ نَْ ذَا الَّذِ يَْ يشَْفَع عِندَْ هََُ إلِ بإِذِْن هََِِ يعَْل مَََُ مَََا بيَ نَََْ أيَدِْيهِْ مََْ وَ مَََا خَلْفَهُ مََْ وَلَ
يحُِيطُْوْ نَََ بشَِيْءٍ مِ نََْ عِلْمِه إلِ ب مَََِا شَآءَ وَ سََِعَ كرُْ سََِيهُُّ
السَّمَوَاتِ وَالرَْضَ وَل يؤَُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيمُْ.
2. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya.
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan
kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi
Maha Besar.
(Surah 2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadith yang
menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan,
melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بمَِآ أنُزِْلَ إلَِيهِْ مِنْ رَبهِّ وَالْمُؤْمِنوُنَْ كلٌُّ آمَنَ
باِلله وَمَلئكِتَ هَِِ وَكتُبُ هَِِ وَرُ سَُلِهِ ل نفَُرِّ قَُ بيَ نََْ أحََدٍ مِ نَْ رُ سَُلِهِ
وَقَالُوا سَمِعْنا وَأطََعْنا غُفْرانَكََ رَبنَّاَ وَإلَِيكَْ الْمَصِيرُْ.
3. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan MalaikatmalaikatNya,
dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami tidak membezakan
antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan
kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali”
(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya
pada malam hari sebagai pelindung dirinya.
4. لََ يكُلَّفَُِ الل هَُ نفَْسًَا إلِ وُسَْعَهَا لَهَ اَ مََا كسَََبتَْ وَعَلَيهَْ اَ مََا
اكتْسَََبتَْ رَبنَّ اََ ل تؤَُاخِذْن آََ إنَِْ نسََِينْآَ أوَْ أخَْطَأنْ اََ رَبنَّ اََ وَل تحَْمِلْ
عَلَينْاَ إصِْرًا كمََا حَمَلْتهَُ عَلَى الَّذِينَْ مِنْ قَبلِْناَ رَبنَّاَ وَلَ تحَُمِّلْناَ
مَال طَاقَةَ لَن اََ ب هَِِ وَاعْفَُ عَن اََّ وَاغْفِرْ لَن اََ وَارْحَمْن آَ أنَتََْ مَوْلنَ اََ
فَانصُْرْنا عَلَى الْقَوْم الْكاَفِرِينَْ.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat .4
pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah
Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
”yang kafir
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk
dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat
kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.”
Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke
bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi
kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan
ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu
membacanya.
5. ل إلَِ هََ إلِ الل هَُ وَحْدَ هَُ ل شَرِيكََْ لَ هَُ، لَ هَُ الْمُلْكَُ وَلَ هَُ الْحَمْدُ
)3X( . يحُْييِ وَيمُِيتُْ وَهُوَ عَلىَ كلُِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
5. Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya
segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w
berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan
sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan
dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
)3X( . 6. سٌبحَْانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَل إلِهََ إلِ الْلهُ وَاللهُ اكَبْرَُ
6. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah
Tuhan Yang Maha Besar. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w bersabda: Zikir-zikir
yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak
berbeza yang mana aturannya apabila engkau berzikirullah.
)3X( .ِ 7. سُبحَْانَ اللهِ وَبحَِمْدِهِ سُبحْانََ اللهِ الْعَظيِمْ
7. Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung.
(3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua
zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh Allah ialah:
'SubhanAllah al-Azim dan 'SubhanAllah wa bihamdihi.'”
)3X( . 8. رَبنَّاَ اغْفِرْ لَناَ وَتبُْ عَلَينْاَ إنِكََّ أنَتَْ التوََّّابُ الرَّحِيمُْ
8. Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah;
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sila rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90
)3X( . 9. الَلَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، الَلَّهُمَّ صَلِّ عَليَهِْ وَسَلِّمْ
9. Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke
atasnya dan kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas
Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah
salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa
berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.
)3X( . 10 . أعَُوْذُ بكِلَِمَاتِ اللهِ التآَّمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ
10. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan
makhluk-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa
ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
بسِْ مَ اللهِ الَّذِي ل يضَُ رَُّ مَعَ اسْ مَِهِ شَيْءٌ فِي الرَْضِ . 11
وَل فِي الْسَّمَ آَءِ وَهُوَ الْسَّمِي عَُْ الْعَليِ مَُْ. ) 3 X(
11. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi
mahupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca
doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”
)3X( . 12 . رَضِينْ اََ باِللهِ رَباًّ وَباِلسِْ لَمَ دِينْا وَبمُِحَمَّدٍ نبَيِّا
12. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad
sebagai Nabi kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah
ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca ayat ini
di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”
)3X( . 13 . بسِْم اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيرُْ وَالشَّ رَُّ بمَِشِيئْ ةََِ اللهِ
13. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan
adalah kehendak Allah. (3X)
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila
kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan
yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah
“Alhamdulillah”.
)3X( . 14 . آمَناَّ باِللهِ وَاليوَْم الخِرِ تبُنْا إلَِى اللهِ باطَِنا وَظَاهِرًا
14. Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah
batin dan zahir. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah
kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tiada apa-apa
dosa.”
)3X( . 15 . ياَ رَبنَّاَ وَاعْفُ عَناَّ وَامْحُ الَّذِيْ كاَنَ مِناَّ
15. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada
kami. (3X)
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan menangis lalu
beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab setelah kita
yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah;
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
)7X( .ِ 16 . يا ذَا الْجَللَِ وَالكِرْامَ أمَِتنْا عَلىَ دِينِْ السِْلمَ
16. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah
kami dalam agama Islam . (7X)
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya
sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti
dikabulkan Allah.
)3X( . 17 . يا قَوِيُّ يا مَتيِ نَُْ إكَفِْ شَرَّ الظَّالِمِي نََْ
17. Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan
orang-orang yang zalim. (3X)
Seperti di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang tidak boleh
mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak mahu dicederakan
akan bebas dari dicederakan musuhnya.
18 . أصََْلحََ الل هَُ أمُُوْرَ الْمُسَْلِمِينَْ صََرَفَ الل هَُ شَرَّ الْمُؤْذِينََْ. )
)3X
18. Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka
dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang
mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan
didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19 . يا عَلِيُّ يا كبَيِرُْ يا عَلِيمُْ يا قَدِيرُْ
)3X( . يا سَمِيعُ يا بصَِيرُْ يا لَطِيفُْ يا خَبيِرُْ
19. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi
Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi
Maha Mengetahui (3X)
Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama “Allah” atau
“Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama
yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara
yang sederhana antara itu."
20 . يا فَارِجَ الهَمّ ياَ كاَشِفَ الغَّمّ ياَ مَنْ لِعَبدِْهِ يغَْفِرُ وَيرَْحَمُ. )
)3X
20. Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa
sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah
s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana segala pujian ialah untuk-Mu
dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang Pengampun,
Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik namanama-
Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya
Allah akan memberi.
)4X(.َ 21 . أسَْتغَْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبرََاياَ أسَْتغَْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَايا
21. Aku memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon
keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan daripada
Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian kembalilah taat
kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih”
)50X( . 22 . ل إلِهََ إلِ اللهُ
22. Tiada Tuhan Melainkan Allah (50X)
Komentar tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah
kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak
membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini
berulang-ulang kali.”
23 . مُحَمَّدٌ رَسَُوْلُ الله صََلَّى الل هَُ عَلَي هَِْ وَآلِ هَِ وَسََلَّمَ وَشَرَّفََ
وَكرََّمََ وَمَجَّدَ وَعَظّمَََ وَرَضِيََ اللهَُ تعَالََى عَنَْ آلِ وَأصََْحَابِ
رَ سَُوْلِ الله أجَْمَعِي نََْ، وَالتاَّبعِِي نََْ وَتاَب عَِِ التاَّبعِِي نََْ بإِحِْ سََانٍ
مِ نََْ يوَْمِن اَََ هَذَا إلَِى يوَْ مََ الدِّي نََِْ وَعَلَينْا مَعَهُ مََْ وَفِيهِْ مََْ
برَِحْمَتكَِ ياَ أرَْحَمَ الرَّاحِمِينَْ.
23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraan keatasnya
dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan, diperbesarkan, dan diperjunjungkan
kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah,
sekalian tabi'in dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari
Kiamat, dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih
daripada yang mengasihani.
24 . بسِْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمْ.ِ
قُلْ هُوَ الل هَُ أحََ دٌََ. الَل هَُ الصََّمَ دَُ. لَمَْ يلَِ دََْ وَلَمَْ يوٌْلَ دََْ. وَلَمَْ
)3X( . يكَ نَُْ لَهُ كفُُ وًَا أحََ دٌَ
24. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala
permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun
yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar
bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang
kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka
bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang
memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah
s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata,
“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga”
(Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
25 . بسِْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِْ
قُلْ أعَُوْذُ برَِبِّ الْفَلقَِ، مِنْ شَرِّ ما خَلقََ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ
إذَِا وَقَبََ، وَمِنَْ شَرِّ النفََّّاثاَتَِ فِيَ الْعُقَدِ، وَمِنَْ شَرِّ حَاسَِدٍ
إذَِا حَسَد
25. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh,
daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam
apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulansimpulan
ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca
bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan
baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan
baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
26 . بسِْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِْ
قُلْ أعَُوْذُ برَِبِّ الناَّسِ، مَلكِِ الناَّسِ، إلِهَِ الناَّسِ، مِنْ شَرِّ
الْوَسَْوَاسِ الْخَناَّسَِ، الََّذِ يَْ يوَُ سَْوِسُ فِ يَ صَُدُوْرِ الناَّسَِ،
مِنَ الْجِنةَِّ وَالناَّسِ.
26. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai
sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan
pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu
meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah
al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
27 . الَْفَاتحَِةَ
إلَِى رُوحَِ سََيدِِّناَ الْفَقِيهَِْ الْمُقَدّمََ مُحَمََّد بنَِ عَلِيَّ با عَلوَِي
وَأصَُُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمَْ وَكفَّةِ سََادَاتنِاَ آلِ أبَيَِ عَلوَِي أنَََّ اللهََ
يعُْلِي دَرَجَاتهِِمَْ فِيَ الْجَنةَِّ وَينَفَْعُن اََ بهِِمَْ وَبأِسََْرَارِهِمْ وَأنَوَْارِ
هِمْ فِي الدِّينِْ وَالدُّنيْا وَالخِرَةِ.
27. Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih al-Muqaddam, Muhammad
ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua penghulu kita
dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi
kita manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama, dunia
dan akhirat.
28 . الَْفَاتحَِةَ
إلَِى أرَْوَا حََِ س اََدََاتنِاَ ال صََُّوْفِيةَِّ أيَنْ مََََا كاَنوُا فِ يََ مَشَارِ قََِ
الرَْضِ وَمَغَارِبهَِا وَحَلتَّْ أرَْوَاحُهُمْ - أنََّ اللهَ يعُْلِي دَرَجَاتهِِمْ
فِيَ الْجَنةَِّ وَينَفَْعُن اََ بهِِمَْ وَبعُِلوُمِهِمَْ وَبأِسََْرَارِهِمْ وَأنَوَْارِ هِمَْ،
وَيلُْحِقُناَ بهِِمْ فِي خَيرٍْ وَعَافِيةٍَ.
28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli Ahli Sufi, di mana saja roh
mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga,
dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka,
cahaya mereka, dan golongkan kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29 . الَْفَاتحَِةَ
إلَِى رُوْ حََِ ص اََحَِبِ الرَّات بََِِ قُط بََِْ الرِْشَادِ وَغَوْ ثََِ الْعِباَدِ
وَالْبلِدَِ الْحَبيِ بَََِْ عَبدِْ الله ب نَََِْ عَلوَِي الْحَدَّاد وَأ صَََُُوْلِهِ
وَفُرُوْعِه أ نَََّ الل هََ يعُْلِي دَرَجَاتهِِ مَْ فِيَ الْجَن ةََّ وَينَفَْعُن اََ بهِِ مَْ
وَأسَْرَارِهِمْ وَأنَوَْارِهِمْ برََكاَتهِِمْ فِي الدِّينِْ وَالدُّنيْا وَالخِرَةِ.
29. Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum
dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga
moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari mereka,
rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.
30 . الَْفَاتحَِة
إلَِى كاَفَّةِ عِباَدِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِينِْ وَجَمِيعِْ الْمُؤْمِنيِنَ
وَالْمُؤْمِناَتَِ وَالْمُسَْلِمِينَْ وَالْمُسَْلِمَاتِ أ نََْ الل هََ يغَْفِرُ لَهُ مَْ
وَيرَْحَمُهُمْ وَينَفَْعُناَ بأَسَْرَارِهِمْ وبرََكاَتهِِمْ
30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa kami, mukminin
dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan
merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah mereka.
31 . )ويدعو القارئ(:
31. Berdoalah disini apa yang di hajati. :
الَْحَمْدُ الله رَ بََِّ العَالَمِي نَََْ حَمْدًا يوَُافِ يََ نعَِمَ هََُ وَيكُاَفِئُ
مَزِيدَْه، الَلَّهُ مََّ صََلِّ عَلَى سََيدِِّناَ مُحَمَّدٍ وأهَْلِ بيَتْ هَِِ وَصََحْبهِِ
وَسََلِّمْ. الَلَّهُ مََّ إنِ اََّ نسََْألَُكَ بحَِقِّ الْفَتحَِةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسََّبعِْ
الْمَثاَن يَِْ أ نََْ تفَْت حََْ لَن اََ بكِلُِّ خَي رَْ، وَأ نََْ تتَفََضَّلَ عَليَنْ اََ بكِلُِّ
خَي رَْ، وَأ نََْ تجَْعَلنْ اََ مِ نَْ أهَْلِ الْخَي رَْ، وَأ نََْ تعَُامِلُن اََ ي اََ مَوْلنَ اََ
مُعَامَلَت كَََ لهَْلِ الْخَي رَْ، وَأ نََْ تحَْفَظَن اََ فِ يَ أدَْياَننِ اََ وَأنَفُْ سَِناَ
وَأوَْلدَِناَ وَأصَْحَابنِاَ وَأحَْباَبنِاَ مِنْ كلُِّ مِحْنةٍَ وَبؤُْسٍ وَضِيرْ إنِكََّ
وَليٌِّ كلُِّ خَيرْ وَمُتفََضَّلٌ بكِلُِّ خَيرْ وَمُعْطٍ لِكلُِّ خَيرْ ياَ أرَْحَمَ
الرَّاحِمِينْ.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah
mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli
keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq
(benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan
untuk kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala kebaikan,
jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami.
sepertimana Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri
kami, anak anak kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala
kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung
dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi
kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin.
32 . الَلَّهُ مَََّ إنِ اَََّ ن سَََْ أَلَُكَ رِضَ اَََكَ وَالْجَن ةَََََّ وَن عََََُوْذُ ب كَََِ مِ نََْ
)3X( . سَ خََطِكَ وَالن اََّرِ
32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu; dan kami
memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya
Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka

tiga kali, lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari neraka.”

انتهى الراتب الشهير
Tamat Ratib Al-Haddad
“Syarh Ratib Al-Haddad” – komentari, pembicaraan dan hujah Ratib Al-Haddad yang teliti bagi setiap ayat di dalam
Ratib Haddad tulisan Al-Habib Alawi bin Ahmad bin Hassan bin Abdullah Al-Haddad, dalam bahasa Arab yang dicetak
oleh Al-Habib Ali bin Essa bin Abdulkader Al-Haddad di Singapura dan di Maqam Imam Al-Haddad.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar